Posts

Showing posts from 2015

BUNGA MARYAM MAISARAH

Image
Assalamualaikum... Bangun tepat jam 4.30am setelah aku dgr suara baby kesayangan ku..bangun2 aku lihat dia tersenyum ke arah ku sambil bantal terletak di atas badannya..entah bila pula dia pusing kan badannya ke arah selatan..aku rasa aku letak tadi arah utara..hehehe..gitu la perumpamaan aku nak cerita sebegitu sekali pusingan 180 darjah yang dibuat bayi yang belum cukup lagi 4 bulan.. Bunga Maryam Maisarah...melihat dia tersenyum comel ke arah ku membuatkan aku rasa dunia ini milik aku.. subhanallah bahagia sungguh hati ku x terkira...lantas aku memberi salam.. "Assalamualaikum Bunga Maryam Maisarah" Apa lagi...bertambah lebarnya senyumannya..Allah haii..damai dan tenangnya hati ini melihat dia tersenyum.. Ada orang kata.."panjangnya nama anak..nanti kesian dia nak tulis panjang2" hehehe..tu laa aku pernah juga fikir begitu..tapi pada aku..nama itu terlalu cantik dan istimewa..Panggilan ku padanya tidak ku tinggalkan satu perkataan pun..nama penuh ku sebut pe...

Door gift murah..goodies bag murah ☺

Image
Assalamualaikum kawan2... Ramai yang sedang mencari-cari paper bag murah untuk gift majlis anda??? Biasa laa..dh dekat dengan majlis lagi banyak duit kena pakai..lagi banyak duit terbang...kadang x sedar sampai licin wallet n purse kan...hehehe. Xpe2..yang mana tercari2 door gift murah atau goodies bag murah boleh contack hakaq okeyyy 😜😜😜😜 Pastinya mengikut bajet anda!!! Gift seredah RM1 je uolssss!!! Nk murah lg?? Bolehhh!!! Bgtau kami k!!! Lagi banyak!! Lagi murah!!! Pastinya kami sediakan yang terbaik untuk anda!!! Mencari bahan untuk bt door gift sendiri?? Pun bolehhh!!! Bertambah skrg ni org nk jimat kan..ye laa..nk bermakna sikit mesti nak bt sendiri gift tu kan?? Bolehh..tiada masalah...nk cari balang kaca ke..paper bag ke..semua pn bolehhh!!! Kontek hakaqq okeyyy Whatsapp 0194627243 Instagram cutetieija_giftshop Fb Hampers & Gift shop Cawww...cinn...cowww... Jumpa lagi uolsss... Rajin2 tgk insta & fb i okey...

Ceazerean bukan pilihanku...tapi..

Ari ni hampir 2 bulan aku duk kt hospital sungai buloh ni...waktu mula2 kena admit..kerap kali aku menangis..sedih berpisah dengan suami..ye laa..sejak berkahwin xpernah berjauhan..sentiasa berkepit jerr..bila kena berjauhan ni, pilu sungguh rasa hati.. sebenarnya xde la jauh sangat..rumahku hanya di kuarters shj..x smp 1km pn dr hospital dan suami aku pn keje kt hospital ni juga..tapi nak buat mcm mana..walaupun dekat dan boleh jumpa selalu tapi tetap x sama kalau duk di rumah..boleh jalan2..kuar makan selalu..sembang lama2..gaduh2 skit..hehehe..tapi nak buat mcm mana..bila doktor suh admit je..aku n suami memg xde pilihan sebab ini yang terbaik untuk kami dan bakal baby kami... Admit pulak pada tarikh hati lahir ku yang ke 28tahun..huhu..sedih..pilu..sebak suma ada..memikirkan baju kerja nya sape nak gosok..sape nak masakkan lunch dan dinner untuk dia..breakfast xper sb kdg2 dia yang masakkan untuk aku..hahahaa.. mithali x suami ku..huhu..mcm2 la difikirkan..biasa laa orang perempua...

Perihalmu anak Adam...

Aku telah membaca hadis ini maka mengalirlah kedua air mata ku, aku memohon kepada Rabbku agar dpt disampaikan perkara ini kepada semua yg aku sayangi. Hadis kudsi yang menggetarkan segenap tubuh serta menunjukkan kebesaran Sang Pencipta. Allah swt berfirman : Wahai anak adam 👤 Aku jadikan engkau dalam perut ibumu, dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim. Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanmu. Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati (liver) dan di kirimu hempedu (spleen) ibumu. Setelah itu, Aku ajarkan engkau utk tetap dan duduk di dalam badan ibumu. Adakah yang lain selain dariKu yang mampu menjadikannya sedemikian?? Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang utk mengeluarkanmu dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu. Tiada bagimu gigi utk mengunyah, jua tangan utk m...

Ayah..abah..abi..daddy...

PESAN IBU TENTANG AYAH: Anakku… Memang ayah tak mengandungmu... Tapi, Darahnya mengalir di darahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati. Memang ayah tak melahirkanmu... Tapi, Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir. Memang ayah tak menyusuimu... Tapi, Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu. Ayah memang tak menjagaimu setiap saat... Tapi, Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya. Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar... Kerana, Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman. Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu... Kerana, Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu. Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri. Ibu hanya ingin kau tahu... Bahawa, Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu. Anakku dari dirinya juga te...

Thank u mak..abah..

-DOA UNTUK IBU BAPA-   Ya Allah  Rendahkanlah suaraku bagi mereka  Perindahlah ucapanku di depan mereka  Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan  Lembutkan hatiku untuk mereka    Ya Allah,  Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas  didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas  kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah  mereka sebagaimana mereka memeliharaku.    Ya Allah,  Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan  atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku  atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku  jadikanlah itu semua penyebab susutnya  dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan  mereka dengan perkenan-Mu ya Allah  hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan  kebaikan berlipat ganda.    Ya Allah,  Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,  Izinkanlah mereka memberi syafa'a...

Tempahan hampers, gift, cookies

Image
💝HAMPERS AND GIFT SHOP💝 Ramai yang tanya bagaimana perniagaan 'hampers and gift shop' kami ??? Hehehe..saya hanya tersenyum dan berkata alhamdulillah.. Hakikatnya bukan mudah untuk berjaya dan bertapak di zaman ini..di kala internet hanya di hujung jari..persaingan di merata alam..perhubungan tanpa had..dengan kata mudahnya..dunia tanpa sempadan kan..hehehe.. Namun aku percaya pada rezeki Allah..rezeki Nya luas..cukup untuk semua hamba2Nya.. tidak perlu gusar..tidak perlu bimbang..teruskan berusaha..berusaha dan berusaha...pasti ada hasilnya.. 😙😘😚 Di bawah ni aku ingin kongsikan serba sedikit details untuk yang ingin melihat hasil kerjaku.. Ada yang sempat snap gambar..ada yang xsempat..hehe..nasib badan laa..kadang kadang tu excited sangat sampai terlupa nak ambil gambar..hehe.. Boleh follow facebook atau ig atau watsapp k! 😍😍😍 Kami di 'HAMPERS AND GIFT SHOP' buka sa...

Ya Allah..agungnya cinta Mu...

Dialog TUHAN dan manusia . Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!" . Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya." . Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!" . Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam." . Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.." . Hamba: "Ilahi, hari letih sekali, apa tidak ada cara lain?" . Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..." . Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang." . Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.." . Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut." . Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu." ...